FALAK ILDAS

PENGENALAN DAN SEJARAH TAKWIM
KALENDAR PRA- ISLAM

Bagi Semenanjung tengah Arab, terutama Mekah, terdapat kekurangan bukti epigrafi tetapi maklumat terperinci diperolehi dalam penulisan-penulisan pengarang-pengarang Muslim pada era Abbasid. Inskripsi-inskripsi kalendar-kalendar purba Arab Selatan mendedahkan kegunaan satu bilangan kalendar-kalendar tempatan. Sekurang-kurangnya setengah dari kalendar-kalendar  Arab Selatan mengikuti sistem lunisolar.  Kedua-dua al-Biruni dan al-Mas’udi mencadangkan bahawa Arab purba gunakan nama-nama bulan yang sama seperti orang Islam, walau pun mereka merekodkan nama-nama bulan lain dengan Arab Pra-Islam. Tradisi Islam sebulat suara dalam menyatakan bahawa kaum Arab Tihamah, Hejaz dan Najd membezakan antara dua jenis bulan, bulan-bulan dibenarkan (halal) dan bulan-bulan dilarang (haram). Bulan-bulan yang terlarang adalah 4 bulan dimana peperangan dilarang, tersenarai sebagai Rejab dan tiga bulan berdekatan musim Haji, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Maklumat mengenai bulan-bulan terlarang juga diperolehi dalam tulisan-tulisan Procopius, dimana beliau menerangkan satu gencatan senjata dengan Arab-Arab Timur oleh Lakhmid al-Mundhir yang berlaku pada musim panas 541 AD/CE. Bagaimana pun sejarahwan-sejarahwan Islam tidak mengaitkan bulan-bulan ini kepada musim tertentu. Al-Quran menghubungkan keempat-empat bulan tersebut dengan Nasi, satu perkataan yang bermaksud “penangguhan”.  Mengikut tradisi Islam, keputusan untuk penangguhan telah ditadbir oleh kaum Kinanah, oleh seorang lelaki dikenali sebagai al-Qalammas dari Kinanah dan keturunannya.
Perbezaan interpretasi tentang konsep Nasi telah dikemukakan. Setengah ulama kedua-dua Islam dan Barat mengekalkan bahawa kalendar pra-Islam digunakan di Semenanjung Arab Tengah adalah semata-mata kalendar lunar sama seperti kalendar Islam moden. Mengikut kepada pandangan ini, Nasi adalah berkaitan kepada amalan-amalan pra-Islam Arab Mekah, dimana mereka akan mengubah taburan bulan-bulan terlarang dalam tahun yang diberi tanpa  menyiratkan satu manipulasi kalendar. Tafsiran ini disokong oleh sejarahwan-sejarahwan Arab dan lexicographer seperti Ibn Hishan, Ibn Manzur dan korpus tafsiran al-Quran. Ensaiklopedia Islam menyimpul : “ Sistem Arab tentang Nasi hanya bertujuan untuk menganjak Haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya sekitar kawasan Mekah sesuai dengan musim pada tahun itu. Ia bertujuan untuk mengujudkan satu kalendar tetap yang mesti dipatuhi. “ Istilah “kalendar tetap” ialah merujuk kepada bukan kalendar yang di interkalasi.
Setengahnya tidak bersetuju bahawa ia adalah calendar lunar asli, tetapi mencadangkan bahawa sekitar 200 tahun sebelum Hijrah ia telah berubah kepada kalendar lunisolar mengandungi satu  bulan interkalasi ditambah dari masa ke masa untuk mengekal ibadah haji dengan musim pada tahun ini dengan semua barang dagangan terbanyak.  Tafsiran ini mula dicadangkan oleh ahli nujum dan ahli astronomi zaman pertengahan Islam Abu Mashar al-Balkhi dan kemudian oleh al-Biruni, al-Masudi dan setengah sarjana-sarjana Barat. Tafsiran ini pertimbangkan Nasi adalah sinonim kepada perkataan Arab untuk “interkalasi (kabisa). Orang Arab, mengikut kepada satu penjelasan dinyatakan oleh Abu Mashar, belajar jenis interkalasi dari Yahudi.
Penangguhan (Nasi) satu upacara pada keadaan tertentu tidak bermaksud mengubah turutan bulan-bulan, dan ulama bersetuju bahawa ini tidak berlaku. Al-Biruni juga berkata ini tidak berlaku, dan perayaan-perayaan dikekalkan dalam musim mereka oleh interkalasi setiap dua atau tiga tahun oleh satu bulan antara Zulhijjah dan Muharam.  Interkalasi ini disusun supaya terdapat tujuh dari mereka setiap 19 tahun. Notis tentang interkalasi telah dikeluarkan pada musim haji, bulan berikutnya adalah Nasi dan diikuti oleh Muharram. Jika sebaliknya, nama berkaitan kepada interkalasi bukan kalendar tetap, interkalasi kedua mungkin, sebagai contohnya satu bulan antara Muharram dan Safar membolehkan interkalasi pertama, dan interkalasi ketiga ialah satu bulan antara Safar dan Rabiula wal membenarkan untuk interkalasi sebelum ini/terdahulu dan seterusnya.  Masa untuk interkalasi bergerak dari permulaan tahun ke hujung tahun (sekitar 321/2 tahun tropika). Terdapat dua kelemahan besar sistem sebegini, yang boleh menjelaskan kenapa ia tidak pernah didengar digunakan dimana-mana tempat dalam dunia ini. Pertama ia tidak boleh dikawal selia oleh kitaran (hanya kitaran yang diketahui zaman dahulu adalah octaeteris (3 interkalasi dalam 8 tahun) dan enneadecaeteris (7 interkalasi dalam 19 tahun).
Kedua, tanpa satu kitaran ia adalah sukar untuk ujudkan dari bilangan tahun (a) jika ia interkalasi dan (b) jika ia interkalasi, dimana secara tepat dalam tahun itu interkalasi berada.
Akhirnya perbuatan Nasi telah diharamkan dalam tahun ke-10 Hijrah, sebagaimana terdapat dalam al-Quran Surah At-Taubah (9) : ayat-ayat 36- 37.

Kalendar Islam sangat penting dalam semua urusan kehidupan. Kalendar Islam ditetapkan berdasarkan cerapan kenampakan hilal yang merupakan suatu proses yang rumit dalam penentuan kenampakannya. Menurut al-Biruni, kalendar ini dimulai pada 16 Julai 622 M . Kalendar Islam adalah kalendar yang merujuk kepada peredaran bulan semata-mata dan sandarannya ialah al-Quran dan al-Hadis. Justeru tidak timbul keraguan dalam penggunaannya. Pengamalan penggunaan kalendar Islam atau dikenali sebagai kalendar Hijri ini adalah dibuat ketika zaman Saidina Umar al-Khattab. Nama Hijri merujuk kepada nama hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Sebenarnya kalendar Hijri ini adalah rangkaian kalendar ketika zaman Arab Jahiliah. Apabila Rasulullah SAW datang, baginda memperkenalkan permulaan bulan Muharam yang diambil dari kalendar lama masyarakat Arab Jahiliah ini. Sungguhpun begitu, penggunaannya tidak mengikut sistem seperti sekarang kerana baginda Rasullullah SAW lebih merujuk kepada tahun-tahun yang berlaku sesuatu kejadian.
Tahun pertama hijrah dianamakan dengan Tahun al-idhn iaitu al-idhn bi al-hijrah, tahun kedua dinamakan dengan tahun al-amr bi al-qital, tahun ketiga dinamakan dengan Tahun al-tamhis, tahun keempat dinamakan dengan Tahun al-tarfiyah dan tahun kelima dinamakan dengan Tahun al-zilzal. Manakala bagi tahun keenam pula dinamakan dengan Tahun al-isti’zan, tahun ketujuh dinamakan dengan Tahun al-istighlab, tahun kelapan dinamakan dengan Tahun al-istiwa’, tahun kesembilan dinamakan dengan Tahun al-bara’ah, dan diikuti tahun kesepuluh dinamakan dengan Tahun al-wadaᶜ iaitu terdapat haji Nabi yang terakhir.
Berdasarkan hadis riwayat Ibn ᶜUmar, ilmu falak pada zaman permulaan Islam adalah asing dalam kalangan para sahabat. Ini dibuktikan dengan hadis yang terdapat dalam Syarh Sahih al-Bukhari yang menyebut berdasarkan riwayat berikut:-
حدثنا آدم حدثنا شعبة حدثنا الأسود بن قيس حدثنا سعيد بن عمرو أنه سمع بن عمر رضي الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم أنه قال : إنا أمة أمية لا نكتب ولا نحسب . الشهر هكذا وهكذا . يعنى مرة تسعة وعشرين ومرة ثلاثين
Bermaksud: “Telah berkata kepada kami Adam, berkata kepada kami Syuᶜbah, berkata kepada kami al-Aswad Ibn Qays, berkata kepada kami Said Ibn ᶜAmru : Sesungguhnya dia telah mendengar Ibn ᶜUmar dari Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya umatku adalah umat yang ummi, tidak pandai menulis dan mengira, bulan itu begini dan begini (bermaksud sekali 29 dan sekali 30)”
Semenjak baginda sampai ke Madinah, baginda telah memerintahkan para sahabat menggunakan sistem tarikh. Sabda Rasullullah SAW:
عن سهل بن سعد قال : ما عدوا من مبعث النبى صلى الله عليه وسلم ولا من وفاته ، ما عدوا إلا من مقدمة المدينة
Bermaksud: “Dari Sahl Ibn Saᶜad berkata: Mereka para sahabat tidak memulakan tarikh dari perutusan Nabi SAW dan tidak juga dari kewafatan baginda. Mereka tidak memulakan tarikh kecuali sejak kedatangan baginda ke Madinah”.
Disebabkan kedatangan Rasullullah SAW ke Madinah para sahabat telah melakukan penetapan tarikh dari bulan ke bulan seperti dalam riwayat berikut :-
عن إبن جريج عن أبى سلمة عن إبن شهاب الزهري أن النبى لما قدم المدينة أمر بالتاريخ فكتب فى ربيع الأول
Bermaksud: “Dari Ibn Jurayj dari Abi Salamah dari Ibn Syihab, sesungguhnya Nabi SAW ketika sampai di Madinah baginda memerintahkan menulis tarikh, maka ditulis padanya Rabiulawal”
Berdasarkan ketiga-tiga hadis berikut, terbukti baginda hanya memberitahu kepada sahabat dan menyuruh mereka menulis tarikh tetapi baginda tidak menetapkan satu sistem yang menyeluruh terhadap pembentukan sistem kalendar Islam pada masa tersebut.
Perlantikan Khalifah Saidina Umar al-Khattab selepas kewafatan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq membuka lembaran baru dalam kalendar Islam. Beliau telah meletakkan asas penetapan kalendar Hijri pada hari Rabu 20 Jamadilakhir Tahun ke-17 Hijrah Rasullullah SAW . Penentuan tersebut dilakukan selepas baginda mengutus surat kepada Gabenor Basrah iaitu Abu Musa al-Asyᶜari dan menyebut dalam surat tersebut bulan Syaaban. Abu Musa al-Asyᶜari berasa ragu lalu beliau membalas surat tersebut dengan bertanyakan kepada Saidina Umar al-Khattab seperti dengan ungkapan berikut:-
“SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAMI SATU SURAT DARI AMIR AL-MUKMININ. KAMI TELAH MEMBACANYA BERTARIKHKAN SYAABAN DAN KAMI TIDAK PASTI ADAKAH IANYA SYAABAN YANG KAMI BERADA SEKARANG ATAU SYAABAN TAHUN LEPAS”
Setelah membaca balasan surat tersebut, Saidina Umar al-Khattab merasakan tersangat penting untuk meletakkan asas penentuan kalendar Hijri ini. Baginda menghimpunkan ramai sahabat untuk mendapat buah fikiran yang paling baik dalam penentuan tersebut. Sebahagian sahabat mencadangkan tarikh kelahiran Rasulullah SAW, sebahagian yang lain mencadangkan tarikh Rasulullah SAW diutus menjadi Rasul. Golongan terakhir yang terdiri daripada baginda sendiri, Saidina Uthman R.A dan Saidina Ali R.A mencadangkan tarikh hijrah Rasulullah SAW. Hal ini kerana tarikh hijrah sangat terkenal dan tidak ada perselisihan dalam kalangan sahabat. Justeru Saidina Umar al-Khattab berkata,
“HIJRAH TELAH MEMISAHKAN DI ANTARA YANG HAK DENGAN YANG BATIL MAKA KITA MULAKANLAH DENGANNYA, MANAKALA MUHARAM MENYURAIKAN SEKALIAN MANUSIA DARI HAJI MEREKA”
Kesemua sahabat bersepakat dan mereka memulakan awal bulan dengan bulan Muharam dan memulakan permulaan tahun dengan Hijrah Rasul SAW dari kota Mekah ke Madinah. Sebab itulah dinamakan Kalendar Hijri bersempena hijrah Rasulullah SAW!!!
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Ini turutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asya'ari telah mengirimkan surat kepada Sayidina Umar r.a. minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a.) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Dalam kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Parsi, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasulullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.
Peristiwa tersebut ialah peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada Rasul-Nya dan agama Islam ditegakkan. Hasil daripada itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil daripada pilihan Umar itu.

Pada 1hb. September 2019 ialah bermula hari dan bulan pertama dalam kalendar Islam bagi tahun 1441 Hijrah.
Ini bermakna sudah 1441 tahun berlalu pengorbanan Rasulullah SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk mendaulatkan Islam.
Tanggal 1 Muharam sebenarnya bukan tarikh penghijrahan Baginda tiba di Madinah.
Takwim Hijri dengan Hijrah Rasulullah ialah tahun perkiraan pertama yang mengambil kira tahun pertama Rasulullah dan sahabat berhijrah ke Madinah.
Menurut pengkaji sejarah Islam, hijrah Rasulullah SAW berlaku dalam bulan Rabiulawal.
Itu fakta yang perlu difahami. Seluruh umat Islam sepatutnya bangga kerana mereka termasuk dalam kalangan umat yang memiliki tamadun dan peradaban tinggi.
Berdasarkan sejarah, banyak usaha dilakukan sarjana Islam dalam menzahirkan ketinggian martabat Islam bukan saja membabitkan lurusan agama berbentuk ibadat khusus, malah mencakupi segenap aspek kehidupan.
Ini termasuk bidang perundangan, ekonomi, perubatan dan teknologi.
Semua itu membuktikan Islam agama yang tidak sesekali menolak kemajuan, malah sarjana Islam terus mendahului sarjana lain mengkaji pelbagai bidang untuk manfaat manusia.
Kewujudan kalendar Islam satu daripada bukti Islam terus mencipta kegemilangan tamadunnya.
Usaha itu dilakukan Saidina ‘Umar bin al-Khattab. Beliau memilih bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijri.
Adakah Saidina ‘Umar orang pertama menetapkan bulan dalam Islam?
Saidina ‘Umar adalah orang yang dikenal pasti menggunakan semua 12 bulan itu dalam menentukan Takwim Hijri kerana masyarakat Arab sebelum itu tidak mempunyai kiraan tahun yang sistematik.
Ketika Rasulullah SAW masih hidup, Baginda menjelaskan sesetengah ibadat dalam Islam menggunakan bulan Islam.
Ibadat puasa contohnya dilakukan dalam bulan Ramadan dan ibadat haji dilakukan dalam bulan Zulhijjah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati…” (Surah at-Taubah, ayat 36)
Nama bulan hijrah yang digunakan sekarang sebenarnya diambil daripada nama bulan digunakan orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi.
Cuma masyarakat Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun Masihi.
Pada mulanya, terdapat pelbagai cadangan diberikan kepada Saidina Umar berkenaan perkiraan tahun bagi umat Islam.
Terdapat cadangan yang menyarankan supaya tahun Islam dikira mengikut tahun kelahiran Rasulullah SAW.
Ada juga mencadangkan tahun kewafatan Rasulullah SAW dijadikan asas dalam menetapkan tahun dalam takwim Islam.
Saidina Umar memilih untuk menetapkan perkiraan tahun bagi takwim Islam berdasarkan tahun hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
Oleh itu, tahun di mana Rasulullah SAW berhijrahke Madinah dijadikan sebagai tahun pertama dalam takwim Islam.
Selepas mendapat persetujuan penetapan tahun pertama dalam takwim Islam, timbul pula persoalan bulan pertama dalam Takwim Hijri.
Saidina Umar memilih bulan Muharam sebagai bulan pertama. Ini disebabkan Muharam adalah bulan umat Islam yang baru saja melaksanakan ibadat haji.
Ibn Kathir menyebut dalam karyanya, al-Bidayahwa al-Nihayah: Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti orang bukan Arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu.”
Jawab Umar: “Cadangan yang baik.” Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?” Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi SAW, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain.
Lalu mereka bersetuju tahun Baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”
Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan Muharam kerana ia bulan orang ramai baru saja selesai menunaikan haji dan termasuk dalam bulan haram.
Lalu mereka bersetuju menjadikan Muharam bulan yang pertama.
Begitulah serba ringkas mengenai sejarah penetapan tahun Hijrah dan pemilihan Muharam sebagai bulan pertama dalam sistem perkiraannya.
Perkara itu perlu diketahui kerana ia adalah sejarah yang menjadi bukti Islam mempunyai tamadun unggul satu masa dahulu.
Ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui sistem perkiraan tahun hijrah dan bulan yang terdapat di dalamnya.
Menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengekalkan penggunaan sistem Takwim Hijri dalam urusan seharian.
Tidak bermaksud kita wajib meninggalkan penggunaan sistem kalendar Masihi namun jangan sesekali tinggalkan sistem Takwim Hijri yang kita warisi daripada tokoh terbilang dalam sejarah Islam.
Sempena kedatangan tahun baharu ini, kita perlu berazam supaya setiap hari dan bulan yang berlalu dalam tahun ini dipenuhi amal ibadat.

Sejarah dan Perkembangan Takwim Hijrah P ADA hari Sabtu 20 Januari 2007 bersamaan 1 Muharam 1428 Hijrah merupakan Awal Muharam, iaitu hari pertama dalam takwim Hijrah atau kalendar Islam. Bagi beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, ia merupakan hari cuti umum bagi menyambut dan meraikan kedatangan hari tersebut. Umat Islam pula digalakkan membaca doa akhir tahun dan awal tahun serta berpuasa sunat bagi menginsafi dan merenung hikmah di atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka'b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebagaimana yang kita alami sekarang. Contohnya Ramadhan yang berasal daripada a l - Ra m a d a ' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Ja m a d bermaksud beku. Muharam pula dinamakan demikian kerana ia merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang dan Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam. Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama tersebut diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati, kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan, oleh itu ia termasuk di dalam salah satu bulan haram. Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang setelah duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata sy ala (meng angkat). Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji). Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya. Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau bagaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma'il a.s. pada tahun 1855 S.M. dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M. Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia. Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l - Wa d a ' iaitu tahun haji al-Wada' atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa semasa pemerintahan khalifah 'Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah 'Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam. Dalam perbincangan tersebut pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam. Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin Rabiulawal, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal. Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Contohnya seperti berikut: (1980-622)/32 x33 = 1400H Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi dengan 33 kemudian ditambah dengan 622. Contoh seperti berikut: (1100x32/33) + 622 = 1688M Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan

Antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan daripada Empayar Rom dan Masjid Al-Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Parsi dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah sebagai Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.


Takwim Gregorius (Bahasa Inggeris: Gregorian calendar) merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia. Takwim ini diasaskan daripada takwim Julius yang telah mengalami sedikit perolahan. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Paus Gregorius XIII pada 24 Februari 1582.
Kalendar ini dicipta kerana takwim Julius dinilai sebagai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.
Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.
Perbezaan dengan takwim Julius
Sebuah tahun dalam takwim Julius berlangsung selama 365.25 hari. Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu alaf, takwim Julius akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada takwim Julius, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat. Tetapi pada kalender baru ini tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.
Masalah Baru
Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapa abad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya. Russia misalkan baru memakai pada tahun 1918. Sehingga Revolusi Komunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal 7 November, disebut sebagai Revolusi Oktober.
Gereja Ortodoks sehingga sekarang masih memakai takwim Julius.
Permulaan Tahun
Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negara Eropah berbeza-beza.
Bulan-Bulan Tahun
Setiap tahun dibahagi menjadi 12 bulan:
No.NamaJumlah Hari1Januari312Februari28 atau 293Mac314April305Mei316Jun307Julai318Ogos319September3010Oktober3111November3012Disember31
Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
Kalendar Gregorian pertama kali digunakan di Itali, Poland, Portugal dan Sepanyol pada 1582.
Kalendar Gregorian mempunyai pusingan 400 tahun dan yang menariknya ialah 29 Februari 2008 jatuh pada Jumaat, hari sama pada 29 Februari 2408.
Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dulu. Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa itu. Umpamanya, tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il pada 1855 SM. Manakala tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.
Selepas wujudnya negara Islam, tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu, kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin. Akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada’ iaitu tahun haji al-Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ulasan

hakcipta terpelihara

Mesra Alam

Cub Prix Petronas 2025

Hikayat silam