Bunian gunung
“Apa yang menghairankan, kesemua mereka sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak memakai pakaian berwarna putih yang sangat cantik dan bersih.
![]() |
| Ternampak bunian gotong royong |
“Ketika itulah saya mula teringat akan kata-kata jurupandu arah kami bahawa tapak perkhemahan kami itu dikenali sebagai taman bunian dan kemungkinan kumpulan orang ramai yang saya saksikan itu adalah orang bunian,” katanya.
Dalam keadaan ketakutan jelasnya, dia segera masuk semula ke dalam khemah dan mendiamkan diri sehingga tertidur.
Keesokannya, sewaktu dalam perjalanan menuruni puncak gunung untuk ke kawasan permulaan pendakian, dia menceritakan kejadian yang disaksikannya tu kepada jurupandu arah tersebut.
Kata Yanti, menurut cerita jurupandu arah berkenaan, dia bukanlah orang pertama yang mengalami kejadian tersebut dan kejadian sama pernah disaksikan beberapa pendaki lain sebelum ini.
Atas dasar kejadian itulah kata jurupandu itu, kawasan tapak perkhemahan itu diberi nama taman bunian.
“Kata jurupandu arah itu lagi, walaupun ada pendaki yang berhadapan dengan pengalaman seperti itu, namun tidak pernah terjadi kejadian yang tidak diingini sehingga kini.
“Mungkin makhluk yang digelar orang bunian itu ingin memberitahu kepada kita bahawa mereka sebenarnya wujud di bumi ini dan bukanlah sekadar cerita dongeng seperti yang saya sangka selama ini,” katanya.
Sejak dari itu katanya, dia mula mempercayai bahawa setiap kisah mistik yang diceritakan oleh mana-mana pihak mempunyai asasnya yang tersendiri dan mungkin sebahagiannya adalah kisah benar yang berlaku.
Malah ujar Yanti, sebagai seorang Muslim, kejadian yang disaksikannya itu semakin menguatkan akidahnya bahawa di dunia ini tidak hanya didiami oleh manusia dan haiwan, tetapi turut menjadi kediaman untuk pelbagai makhluk halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Ulasan
Catat Ulasan
Hakcipta terpelihara ®2019