Data centre Elmina

 


KUALA LUMPUR: Fasa pembinaan pusat data Google berjalan dengan baiknya dan akan selesai dibangunkan pada suku ketiga 2026.



Penganalisis RHB Investment Bank, Loong Kok Wen, berkata susulan lawatan ke kawasan perbandaran Elmina dan Taman Perniagaan Elmina (EBP) baru-baru ini, tanah yang boleh dibangunkan secara khusus hanyalah seluas 38 ekar di EBP 1, maka ia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi yang diterima Sime Darby Property Bhd.

Diskaun pada nilai aset bersih dinilai semula (RNAV) dikurangkan kepada 20 peratus daripada 25 peratus sebelum ini berikutan penjualan tanah lebih pantas dan usaha memaksimumkan keuntungan daripada tanah perindustrian milik Sime Darby Property," katanya.


Projek pembangunan Elmina membabitkan kawasan tanah berstatus pegangan kekal seluas 6,500 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM30 bilion.

Kini, sebanyak 12,535 unit rumah kediaman siap dibina dan dihuni oleh populasi penduduk seramai 67,000 orang.

Pusat perbandaran ini dibangunkan dengan serba lengkap dengan kemudahan-kemudahan pusat pendidikan, pusat kesihatan, bangunan pejabat dan kompleks perniagaan, dan kini semakin maju apabila pelancaran pusat beli-belah Elmina Lakeside Mall (ELM) membuka tirainya pada Ogos lalu.

Sekolah pertama di kawasan perbandaran ini, iaitu Sekolaj Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina akan memulakan sesi persekolahannya pada 2026, sementara Chung Hwa Independent High School akan dibuka sebelum akhir 2024.

Pusat pengangkutan awam yang akan dibangunkan di sana turut mempunyai stesen Transit Laju Massa 3 (MRT 3).

"Oleh demikian, dengan adanya segala kemudahan, kompleks komersial dan prasarana penting di sini, kami yakin Elmina akan berkembang pesat menjadi sebuah kawasan perbandaran yang maju dalam masa lima hingga 10 tahun berikutnya," kata Kok Wen.

Mengulas lanjut, beliau berkata pangsapuri perkhidmatan Kanopi Residences dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM250 juta yang bakal dilancarkan bulan depan, akan muncul sebagai projek pangsapuri pertama di kawasan perbadaran Elmina.

"Dijual pada harga sekitar RM530 bagi setiap ruang kaki persegi sebelum diberikan diskaun dengan ruang kediaman seluas 1,000 kaki persegi merangkumi tiga bilik tidur dan dua ruang letak kereta, kami berpendapat projek ini boleh dikategorikan sebagai projek perumahan mampu milik.

"Malah, ia akan mendapat sambutan ramai memandangkan ELM, sekolah, pusat kesihatan dan pusat pengangkutan awam semuanya akan dibina berdekatan bangunan pangsapuri ini," katanya.

Walaupun bagaimana pun projek tersebut dijangka siap tahun 2026


Ulasan

hakcipta terpelihara

Mesra Alam

Cub Prix Petronas 2025

Hikayat silam