Projek Tani

 oleh. Nazri Abdullah

Bagaimanakah mengurus projek pertanian.

Kebanyakkan baja buatan mengandungi asid, seperti asid sulfurik dan asid hidroklorik yang cenderung meningkatkan keasidan tanah serta mengurangkan populasi organisma berfaedah tanah dan mengganggu pertumbuhan tumbuhan

Dalam pada itu terdapat bahan-bahan yang digunakan secara tidak langsung untuk memperbaiki struktur dan tekstur tanah bertujuan untuk meningkatkan daya kelembapan tanah dan daya pegangan air tanah serta mengawal keasidan tanah. Bahan ini adalah dianggap sebagai bahan pembetulan tanah (soil amendment), pelembap tanah (soil conditioner) dan bahan tambahan tanah (soil additives). Kesemua bahan ini adalah penting dalam mempertingkatkan kesuburan tanah bertujuan bagi tujuan menampung keperluan pertumbuhan tanaman daripada peringkat awal penanaman sehingga kepada peringkat penuaian hasil.

Cara-cara untuk mendapat baja yang bagus ?

Kepada semua pembaca 
BAJA ORGANIK... ADA BAJA KIMIA....
BAJA TUNGGAL... CAMPURAN ADA...
BAJA SEBATIAN... SERING DIGUNA...
BACA ARTIKEL... FAHAM PASAL BAJA


Jenis pembajaan yang diketahui ?

Jenis BAJA TUNGGAL atau juga BAJA TERUS (single dressing fertilizer) adalah merupakan jenis baja yang mampu membekalkan 1 sahaja elemen unsur pemakanan . Baja kimia jenis butiran ini boleh digunakan secara terus kepada tanaman seperti Baja Urea (N), Baja TSP- Triple super fosfat () dan juga Baja MOP- Muriate of potash.

Baja kimia terbahagi kepada 3 jenis iaitu Baja Tunggal atau Baja Terus (single dressing fertilizer), Baja Campuran (Mixed fertilizer) dan Baja Sebatian (Compound Fertilizer).

Terdapat unsur pemakanan tumbuhan dan dibekalkan kepada tanah contohnya Nitrogen (N), Phosforus (P) dan Kalium (K) adalah unsur paling asas untuk baja yang selalu disebut 'Baja NPK'. Unsur-unsur lain adalah sedikit di gunakan tetapi penting iaitu Unsur Pekit (Trace element) seperti Magnesium (Mg), Boron (B), Manganese (Mn), Zinc (Zn), Zat Besi (Fe) dan banyak lagi dimana kesemuanya akan dikelaskan sebagai baja tumbuhan.

Agrotek
Agrotek MARDI




Ulasan

hakcipta terpelihara

Mesra Alam

Cub Prix Petronas 2025

Hikayat silam