Air dan nutrien

 @ Abd Manan

 

 Air Mineral merupakan air minuman yang berbeza dengan air putih biasa. Hal ini demikian kerana, air jenis ini kaya dengan nutrien semula jadi yang dapat membantu menambah baik dan meningkatkan kesihatan tubuh kita.


Terdapat banyak sangat yang dijual di pasaran terbuka dan kedai-kedai.

  • Spritzer Natural Mineral Water
  • F&N Ice Mountain Mineral Water
  • Desa Mineral Water
  • Cactus Mineral Water
  • Bleu Natural Mineral Water
  • Dasani Mineral Water
  • SeaMaster Drinking Water Mineral Water
    1. Menyokong Kesihatan Jantung
      • Air jenis ini dapat membantu dalam merendahkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik.
    2. Menurunkan Tekanan Darah
      • Air ini kaya dengan kalsium dan magnesium yang dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah anda.
    3. Menggalakkan Kesihatan Tulang
      • Kandungan bikarbonat, kalsium, dan magnesium yang terdapat dalam air ini mampu menjadi rangsangan tambahan kepada kesihatan tulang kita buat jangka panjang.
    4. Meningkatkan Kesihatan Penghadaman
      • Peningkatan pengambilan magnesium mampu menarik air ke dalam usus. Ini dapat menggalakkan penghidratan yang lebih besar dan ia juga dapat menyokong pergerakan usus yang lebih teratur.
    5. Mengawal Peredaran Darah
      • Kalsium, magnesium dan kalium yang terdapat dalam air ini boleh menggalakkan peredaran darah yang betul.

     

     Jenis dan jumlah nutrien yang ditemui dalam air ini juga bergantung pada sumber air tersebut. Hal ini menyebabkan rasa dan manfaat setiap jenama air ini adalah berbeza. Isipadu air terdiri nutrien :

    • Magnesium
    • Kalsium
    • Natrium
    • Sulfat
    • Florida
    • Klorida
    • Bikarbonat

     

    Syarikat Pengurusan Air Negara



    HADITH AIR ZAM-ZAM


    SOALAN :

    Ada hadith yang berbunyi : Air zam-zam itu bergantung kepada apa ia diminum. 

    Adakah hadith ini sahih? Dan apakah maksudnya?


    JAWAPAN :

    Hadith yang dimaksudkan ialah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. beliau berkata : 


    سَمِعْتُ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ


    Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : Air zam-zam itu bagi apa yang diminum kerananya.”


    Hadith ini adalah sahih menurut sebahagian ulamak dan hasan menurut sebahagian yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dan Al-Baihaqi.


    Maksudnya ialah air zam-zam itu khasiatnya menurut niat orang yang meminumnya. Maka jika berniat menghilangkan dahaga insyaAllah hilang dahaganya dan jika berniat sembuh dari sakit insyaAllah akan diberikan kesembuhan ke atasnya oleh Allah Taala.


    Berkata Imam Ibnu Batthal :


    وقال مجاهد: إن شربته تريد الشفاء شفاك الله، وإن شربته تريد أن تقطع ظمأك قطعه الله، وإن شربته تريد أن يشبعك أشبعك الله


    Artinya : “Berkata Imam Mujahid : Jika kamu minumnya kerana mahukan kesembuhan maka Allah akan sembuhkan kamu. Dan jika kamu minumnya kerana mahukan hilang dahagamu nescaya Allah akan menghilangkan dahaganya. Dan jika kamu minumnya kerana kamu mahu rasa kenyang maka Allah akan mengenyangkan kamu.” (Kitab Syarah Sahih Bukhari)


    Dan berkata Imam As-Syaukani :


    فيه دَلِيلٌ على أَنَّ مَاءَ زَمْزَمَ يَنْفَعُ الشَّارِبَ لِأَيِّ أَمْرٍ شَرِبَهُ لِأَجْلِهِ، سَوَاءٌ كان من أُمُورِ الدُّنْيَا أو الْآخِرَةِ


    Artinya : “Pada hadith ini menjadi dalil atas bahawasanya air zam-zam memberi menafat orang yang meminumnya bagi apa sahaja tujuan dia meminumnya samada dari perkara dunia atau perkara akhirat.” (Kitab Nail Al-Authar)


    Ulasan

    hakcipta terpelihara

    Mesra Alam

    Cub Prix Petronas 2025